Pengenalan Syarikat

"A Taste You Will Never Forget"

Syarikat F&F Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 9.11.2012. Walaupun masih baru, Syarikat kami kini di dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran bertemakan 'BUBUR PEDAS SARAWAK' yang bernama RESTORAN F&F Sdn Bhd mengikut nama syarikat tersendiri. Restoran ini akan beroperasi di dalam nagara Malaysia iaitu di dalam bandaraya Kuching,Sarawak.Sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangka akan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk di Bandar. Pihak Syarikat juga telah menjalinkan kerjasama di antara beberapa pengusaha pembekal makanan seperti bahan-bahan mentah, air minuman dan sebagainya yang berbentuk makanan, juga akan bersedia setiap tempahan yang akan ditempah oleh pihak kerajaan ataupun swasta, tempahan makanan berbentuk catering , dan yang selainya.

MISI: Menjadi diantara Syarikat yang ternama dalam menyediakan produk makanan dan minuman yang HALAL dan BERKUALITI.

VISI: Sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang terbaik di dalam industri perniagaan membekal makanan dan minuman Halal.

Tuesday, 24 September 2013

Pengasas F&F Sdn Bhd

            
               F&F diasaskan oleh dua pemilik iaitu Nurfarrahin Bustamam dan Famieza Mai Anak Joseph.pada mula nya kami hanya menjual Bubur Pedas ini dari rumah ke rumah,dihadapan rumah,pasar malam, semua tempat tersebut berada di sekitar kampung kami iaitu sebuah kampung kecil di kota Samarahan.Sebagai pengusaha kecil-kecilan.tidak terlintas dipemikiran kami untuk mempromosikan Bubur tradisional bumi Kenyalang ini dimata dunia.Pendaftaran Syarikat  F&F bermula apabila kami bercadang untuk mempeluaskan lagi perniagaan kami serta memperkenalkan Bubur pedas ini di dalam minda rakyat Malaysia agar tradisi bubur tradisonal ini tidak lupa di telan zaman.kami mendapat maklum balas positif yang banyak oleh orang-orang luar dan sokongan daripada keluarga dan saudara-mara.kami bermula dengan cadangan hendak membuka sebuah restoran di bandar Kuching,dengan ini produk kami hendaklah diketahui orang ramai sebelum kami membuka restoran dibandar tersebut untuk merialisasikan impian itu,kami memilih untuk mendirikan satu laman sesawang  untuk mempromosikan produk kami dan berharap produk kami mendapat sambutan ramai.

 Nurfarrahin & Famieza

Pengasas F&F Sdn Bhd.

Monday, 23 September 2013

Sejarah & Pengenalan 'BUBUR PEDAS"

Bubur Pedas atau Bubur Sambas telah dituntut oleh Malaysia sebagai makanan khas Sarawak.

Penahkah anda mengetahui darimana datangnya sejarah dan asal usul bubur pedas?


Bubur pedas adalah bubur yang terbuat dari berbagai  macam sayuran yang telah dihiris halus serta diberi bumbu dari beras yang sudah dihaluskan dan diberi santan kelapa. Bubur Pedas ini adalah makanan khas Melayu Sambas, khususnya Kalimatan barat. Pada umumnya Bubur Pedas ini ternyata tidak hanya ada di Sambas,Singkawang,Bengkayang,Mempawah,dan Pontianak.Ternyata Bubur Pedas ini ada juga  di Negeri Jiran iaitu Sarawak. Sarawak telah menuntut Bubur Pedas ini sebagai makanan khas Negeri sarawak sehingga ke hari ini. Ada sedikit  perbezaan antara Bubur Pedas Sarawak dengan Bubur Pedas Indonesia, dimana cara memasak,cara makan bubur pedas pada zaman dahulu berbanding zaman kini. Bubur Pedas kini amat dikenali di Sarawak, masakan Negeri burung Kenyalang ini pada kebiasaanya menjadi sajian utama dan istemewa pada bulan Ramadhan, malah masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja tidak hanya di bulan Ramadhan, seperti menjadi sajian harian mereka, terutama pemilik restoran,warung mahupun gerai makan di Sarawak.

Contoh Bubur Pedas Sarawak:




                                               Gambar Bubur pedas F&F Sdn Bhd

        
                   Bubur Pedas amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Sarawak dan juga di Kalimantan Barat Indonesia. Jika Bubur Lambuk terkenal di semenanjung Malaysia, Bubur Pedas pula hanya boleh di dapati di bahagian selatan negeri Sarawak,
Bubur Pedas yang asli hanya boleh di temui di bahagian pertama,kedua dan kesembilan kerana hubungan kekeluargaan masyarakat Sambas di Indonesia.
                  Juadah tradisional masyarakat Melayu Sarawak terutama Bubur Pedas ini memang sukar di dapati di semenanjung dan sabah. Agak unik kerana di perbuat daripada rempah khas Bubur Pedas,selain keledek,udang atau boleh juga menggunakan ayam mahupun daging,kacang panjang,kacang tanah rebus, terung,udang kering,serai,jagung muda,daun cangkuk manis,ubi kentang, lobak,tahu ker ing/basah,cendawan cina,kunyit,bawang putih,bawang merah,belacan,cili dan santan.

Tradisi Bubur Pedas Pada Zaman Dahulu
Ada yang menarik dari sejarah Bubur Pedas ini. Pada zaman dahulu anak-anak dara keturunan Melayu yang sedang bosan akan memasak bersama-sama dengan membuat Bubur Pedas ini. Masing-masing mengumpul kan sayur-sayuran dan bumbu yang akan di gunakan. Selepas itu mereka menentukan di rumah siapa dan bila akan membuat Bubur Pedas tersebut dan di jamahlah bersama-sama kemudianya.

Sunday, 22 September 2013

Proses Membuat Bubur Pedas 'Bumi Kenyalang'

          Sudah menjadi tradisi masyarat Melayu Negeri burung Kenyalang ini bila tiba bulan ramadhan, Bubur Pedas ini akan menjadi hidangan berbuka puasa. Walau bagaimanapun, masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja, tidak hanya pada bulan ramadhan, malah menjadi sajian harian pada segelintir masyarakat yang menjadi pemilik restoran,warung mahupun gerai makan di Sarawak.

          Di sini saya akan menerangkan cara-cara dan proses untuk membuat Bubur Pedas bedasarkan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam proses membuat Bubur Pedas ini. Salah satu bahan penting untuk membuat Bubur Pedas ini adalah bumbu sebagai perencah, tampa bahan ini Bubur Pedas tersebut tidak akan menjadi. Di sini saya akan menyenaraikan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat Bubur Pedas dan cara-caranya.

Contoh bahan-bahan yang di gunakan di dalam proses:


  kelapa parut,udang,batang pisang,daun kunyit & lain-lain.

Bumbu,sayur kering dan kentang rebus.

Video Cara Memasak Bubur Pedas :

         
Bahagian 1
Bahagian 2


         Demikianlah antara proses-proses 'mudah & simple' untuk menyediakan Bubur Pedas dan proses membuat bubur ini. Berlainan pula dengan penyediaan Bubur Pedas kami, Bubur pedas kami adalah secara 'Home Made' mengunakan resepi sendiri dan cara masakan tradiosional mengikut cara masakan turun-temurun keluarga pemilik syarikat F&F ini.

Saturday, 21 September 2013

Bubur Pedas Tradiosional 'F&F' ( Penjualan & Tempahan )

       F&F Sdn Bhd kini juga mengambil tempahan secara online ataupun panggilan telefon,
produk kami mula di pasarkan beberapa bulan yang lepas dan boleh di perolehi di beberapa gerai atau kedai makan di sekitar bandar Kuching Sarawak.

                                                              Home made by F&F Sdn Bhd
 

                  Pada mulanya perancangan kami hanya akan menjual Bubur Pesas Sarawak ini setelah Restoran kami di rasmikan atau di buka di sekitar bandar Kuching, tetapi atas permintaan ramai Email yang kami terima amat memberangsangkan.Kami mula mendapat email dan panggilan bertanyakan adakah kami menyediakan tempahan melalui talian telefon @ dari rumah memandangkan restoran kami belum lagi di buka.Kami bagi pihak F&F telah pun membuka penempahan melalui cara berikut atas permintaan ramai pelangan dan pengikut-pengikut blog rasmi kami.

Jadual tempahan kami:

Isnin - Sabtu : 9 a.m - 8 p.m
               Ahad : 9 a.m - 3 p.m
( ffsndbhd@gmail.com / 013-8407430 )
 
   (Tempahan yang di buat mestilah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum   'pick up'.)

 Bubur Pedas yang di tempah oleh pelanggan kami.
                                            
                  Tempahan yang di buat hendaklah di ambil sendiri, kami tidak menyediakan khidmat 'Dilevery' atas sebab tertentu.Kami dari pihal F&F Sdn Bhd amat bebesar hati atas tempahan anda, Selain itu kami juga membuat tempahan untuk 'catering' (dalam kuantiti yang banyak) tempahan ini hendaklah di buat 3 hari sebelum tarikh pengambilan.Mungkin di masa akan datang kami akan menyediakan khidmat 'Dilevery' dan penyediaan catering seperti penyewaan 'Table (table cloth & skirting table),boofair table,doom set, tea,coffee serving & lain-lain'. Pada masa kini kami belum lagi membuka khidmat tersebut atas kesibukan menguruskan restoran yang bakal di buka & perniagaan online kami, Pihak F&F akan memaklumkan ada jika perhikmatan tersebut sudah disediakan.

                                                           

Lokasi Kedai F&F

peta lokasi kami

  
Pemilik restoran, menjamu selera.

             Kami telah pun membuka restoran rasmi F&F Sdn Bhd, peta diatas adalah arah menuju ke Restoran, kami memilih lokasi ini kerana ia berada ditengah-tengah bandar dengan penduduk yang padat.Selain itu,Restoran kami menyediakan makanan khas atau makanan 'special' kami iaitu Bubur Pedas Sarawak termasuklah menu yang lain.Seperti,Laksa Sarawak,nasi pataya,linut,ulam-ulaman dan makanan-makanan tradisonal yang lain termasuklah makanan moden.Kunjungilah Restoran kami 'A Taste You Will Never Forget'.

Thursday, 19 September 2013

Bubur Pedas F&F Kini Berada Di 'Seafood Mania' MIRI SARAWAK!

  Marina Bay Miri Sarawak

       Bubur Pedas kami kini boleh di perolehi di bandar 'Sea Horse' Sarawak. Melalui rakan kongsi kami yang berada di Miri Sarawak, restoran beliau terletak di Taman Seroja Miri, Seafood Mania Terkenal dengan makanan laut,sup tulang,gearbox,bakso dan wantan. Pemilik restoran tersebut merupakan seorang sahabat lama yang ingin membantu untuk membesarkan perniagaan kami di Miri dan sekitar Sarawak.Bubur Pedas kami yang di jual di restoran tersebut adalah sama dengan yang ada di Kuching kerana perjanjian perkongsian kami menggunakan resepi asli bubur pedas F&F Sdn Bhd.

 Seafood Mania,Taman Seroja miri

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Anidah Bt Sait (seafood mania owner)
016-8512226
  Taman Seroja Miri Sarawak 98000
( Berdepan Pacific Orential Hotel )