Pengenalan Syarikat

"A Taste You Will Never Forget"

Syarikat F&F Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 9.11.2012. Walaupun masih baru, Syarikat kami kini di dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran bertemakan 'BUBUR PEDAS SARAWAK' yang bernama RESTORAN F&F Sdn Bhd mengikut nama syarikat tersendiri. Restoran ini akan beroperasi di dalam nagara Malaysia iaitu di dalam bandaraya Kuching,Sarawak.Sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangka akan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk di Bandar. Pihak Syarikat juga telah menjalinkan kerjasama di antara beberapa pengusaha pembekal makanan seperti bahan-bahan mentah, air minuman dan sebagainya yang berbentuk makanan, juga akan bersedia setiap tempahan yang akan ditempah oleh pihak kerajaan ataupun swasta, tempahan makanan berbentuk catering , dan yang selainya.

MISI: Menjadi diantara Syarikat yang ternama dalam menyediakan produk makanan dan minuman yang HALAL dan BERKUALITI.

VISI: Sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang terbaik di dalam industri perniagaan membekal makanan dan minuman Halal.

Sunday, 22 September 2013

Proses Membuat Bubur Pedas 'Bumi Kenyalang'

          Sudah menjadi tradisi masyarat Melayu Negeri burung Kenyalang ini bila tiba bulan ramadhan, Bubur Pedas ini akan menjadi hidangan berbuka puasa. Walau bagaimanapun, masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja, tidak hanya pada bulan ramadhan, malah menjadi sajian harian pada segelintir masyarakat yang menjadi pemilik restoran,warung mahupun gerai makan di Sarawak.

          Di sini saya akan menerangkan cara-cara dan proses untuk membuat Bubur Pedas bedasarkan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam proses membuat Bubur Pedas ini. Salah satu bahan penting untuk membuat Bubur Pedas ini adalah bumbu sebagai perencah, tampa bahan ini Bubur Pedas tersebut tidak akan menjadi. Di sini saya akan menyenaraikan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat Bubur Pedas dan cara-caranya.

Contoh bahan-bahan yang di gunakan di dalam proses:


  kelapa parut,udang,batang pisang,daun kunyit & lain-lain.

Bumbu,sayur kering dan kentang rebus.

Video Cara Memasak Bubur Pedas :

         
Bahagian 1
Bahagian 2


         Demikianlah antara proses-proses 'mudah & simple' untuk menyediakan Bubur Pedas dan proses membuat bubur ini. Berlainan pula dengan penyediaan Bubur Pedas kami, Bubur pedas kami adalah secara 'Home Made' mengunakan resepi sendiri dan cara masakan tradiosional mengikut cara masakan turun-temurun keluarga pemilik syarikat F&F ini.