Pengenalan Syarikat

"A Taste You Will Never Forget"

Syarikat F&F Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 9.11.2012. Walaupun masih baru, Syarikat kami kini di dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran bertemakan 'BUBUR PEDAS SARAWAK' yang bernama RESTORAN F&F Sdn Bhd mengikut nama syarikat tersendiri. Restoran ini akan beroperasi di dalam nagara Malaysia iaitu di dalam bandaraya Kuching,Sarawak.Sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangka akan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk di Bandar. Pihak Syarikat juga telah menjalinkan kerjasama di antara beberapa pengusaha pembekal makanan seperti bahan-bahan mentah, air minuman dan sebagainya yang berbentuk makanan, juga akan bersedia setiap tempahan yang akan ditempah oleh pihak kerajaan ataupun swasta, tempahan makanan berbentuk catering , dan yang selainya.

MISI: Menjadi diantara Syarikat yang ternama dalam menyediakan produk makanan dan minuman yang HALAL dan BERKUALITI.

VISI: Sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang terbaik di dalam industri perniagaan membekal makanan dan minuman Halal.

Thursday, 19 September 2013

Bubur Pedas F&F Kini Berada Di 'Seafood Mania' MIRI SARAWAK!

  Marina Bay Miri Sarawak

       Bubur Pedas kami kini boleh di perolehi di bandar 'Sea Horse' Sarawak. Melalui rakan kongsi kami yang berada di Miri Sarawak, restoran beliau terletak di Taman Seroja Miri, Seafood Mania Terkenal dengan makanan laut,sup tulang,gearbox,bakso dan wantan. Pemilik restoran tersebut merupakan seorang sahabat lama yang ingin membantu untuk membesarkan perniagaan kami di Miri dan sekitar Sarawak.Bubur Pedas kami yang di jual di restoran tersebut adalah sama dengan yang ada di Kuching kerana perjanjian perkongsian kami menggunakan resepi asli bubur pedas F&F Sdn Bhd.

 Seafood Mania,Taman Seroja miri

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Anidah Bt Sait (seafood mania owner)
016-8512226
  Taman Seroja Miri Sarawak 98000
( Berdepan Pacific Orential Hotel )