Pengenalan Syarikat

"A Taste You Will Never Forget"

Syarikat F&F Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 9.11.2012. Walaupun masih baru, Syarikat kami kini di dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran bertemakan 'BUBUR PEDAS SARAWAK' yang bernama RESTORAN F&F Sdn Bhd mengikut nama syarikat tersendiri. Restoran ini akan beroperasi di dalam nagara Malaysia iaitu di dalam bandaraya Kuching,Sarawak.Sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangka akan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk di Bandar. Pihak Syarikat juga telah menjalinkan kerjasama di antara beberapa pengusaha pembekal makanan seperti bahan-bahan mentah, air minuman dan sebagainya yang berbentuk makanan, juga akan bersedia setiap tempahan yang akan ditempah oleh pihak kerajaan ataupun swasta, tempahan makanan berbentuk catering , dan yang selainya.

MISI: Menjadi diantara Syarikat yang ternama dalam menyediakan produk makanan dan minuman yang HALAL dan BERKUALITI.

VISI: Sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang terbaik di dalam industri perniagaan membekal makanan dan minuman Halal.

Tuesday, 24 September 2013

Pengasas F&F Sdn Bhd

            
               F&F diasaskan oleh dua pemilik iaitu Nurfarrahin Bustamam dan Famieza Mai Anak Joseph.pada mula nya kami hanya menjual Bubur Pedas ini dari rumah ke rumah,dihadapan rumah,pasar malam, semua tempat tersebut berada di sekitar kampung kami iaitu sebuah kampung kecil di kota Samarahan.Sebagai pengusaha kecil-kecilan.tidak terlintas dipemikiran kami untuk mempromosikan Bubur tradisional bumi Kenyalang ini dimata dunia.Pendaftaran Syarikat  F&F bermula apabila kami bercadang untuk mempeluaskan lagi perniagaan kami serta memperkenalkan Bubur pedas ini di dalam minda rakyat Malaysia agar tradisi bubur tradisonal ini tidak lupa di telan zaman.kami mendapat maklum balas positif yang banyak oleh orang-orang luar dan sokongan daripada keluarga dan saudara-mara.kami bermula dengan cadangan hendak membuka sebuah restoran di bandar Kuching,dengan ini produk kami hendaklah diketahui orang ramai sebelum kami membuka restoran dibandar tersebut untuk merialisasikan impian itu,kami memilih untuk mendirikan satu laman sesawang  untuk mempromosikan produk kami dan berharap produk kami mendapat sambutan ramai.

 Nurfarrahin & Famieza

Pengasas F&F Sdn Bhd.