Bubur Pedas atau Bubur Sambas telah dituntut oleh Malaysia sebagai makanan khas Sarawak.
Penahkah anda mengetahui darimana datangnya sejarah dan asal usul bubur pedas?
Bubur pedas adalah bubur yang terbuat dari berbagai macam sayuran yang telah dihiris halus serta diberi bumbu dari beras yang sudah dihaluskan dan diberi santan kelapa. Bubur Pedas ini adalah makanan khas Melayu Sambas, khususnya Kalimatan barat. Pada umumnya Bubur Pedas ini ternyata tidak hanya ada di Sambas,Singkawang,Bengkayang,Mempawah,dan Pontianak.Ternyata Bubur Pedas ini ada juga di Negeri Jiran iaitu Sarawak. Sarawak telah menuntut Bubur Pedas ini sebagai makanan khas Negeri sarawak sehingga ke hari ini. Ada sedikit perbezaan antara Bubur Pedas Sarawak dengan Bubur Pedas Indonesia, dimana cara memasak,cara makan bubur pedas pada zaman dahulu berbanding zaman kini. Bubur Pedas kini amat dikenali di Sarawak, masakan Negeri burung Kenyalang ini pada kebiasaanya menjadi sajian utama dan istemewa pada bulan Ramadhan, malah masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja tidak hanya di bulan Ramadhan, seperti menjadi sajian harian mereka, terutama pemilik restoran,warung mahupun gerai makan di Sarawak.
Contoh Bubur Pedas Sarawak:
Gambar Bubur pedas F&F Sdn Bhd
Bubur Pedas amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Sarawak dan juga di Kalimantan Barat Indonesia. Jika Bubur Lambuk terkenal di semenanjung Malaysia, Bubur Pedas pula hanya boleh di dapati di bahagian selatan negeri Sarawak,
Bubur Pedas yang asli hanya boleh di temui di bahagian pertama,kedua dan kesembilan kerana hubungan kekeluargaan masyarakat Sambas di Indonesia.
Juadah tradisional masyarakat Melayu Sarawak terutama Bubur Pedas ini memang sukar di dapati di semenanjung dan sabah. Agak unik kerana di perbuat daripada rempah khas Bubur Pedas,selain keledek,udang atau boleh juga menggunakan ayam mahupun daging,kacang panjang,kacang tanah rebus, terung,udang kering,serai,jagung muda,daun cangkuk manis,ubi kentang, lobak,tahu ker ing/basah,cendawan cina,kunyit,bawang putih,bawang merah,belacan,cili dan santan.
Tradisi Bubur Pedas Pada Zaman Dahulu
Ada yang menarik dari sejarah Bubur Pedas ini. Pada zaman dahulu anak-anak dara keturunan Melayu yang sedang bosan akan memasak bersama-sama dengan membuat Bubur Pedas ini. Masing-masing mengumpul kan sayur-sayuran dan bumbu yang akan di gunakan. Selepas itu mereka menentukan di rumah siapa dan bila akan membuat Bubur Pedas tersebut dan di jamahlah bersama-sama kemudianya.
Pengenalan Syarikat
"A Taste You Will Never Forget"
MISI: Menjadi diantara Syarikat yang ternama dalam menyediakan produk makanan dan minuman yang HALAL dan BERKUALITI.
VISI: Sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang terbaik di dalam industri perniagaan membekal makanan dan minuman Halal.